
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
‘Abdullaah ibn ‘Amr ibn Al-’Aas heard the Prophet (sallallaahu ‘alaihi wa sallam) saying: “It will be said to the companion of the Qur’an: Read and elevate (through the levels of the Paradise) and beautify your voice as you used to do when you were in the dunyaa! For verily, your position in the Paradise will be at the last verse you recite!”
(Sahih Abu Daud and At-Tirmizi)
Dalam hadith di atas Rasulullah bersabda kepada ahlul Quran; bacalah, ‘terbanglah’ menyusuri tingkatan syurga dan lunakkan suara seperti yang dilazimi semasa di dunia kerana kedudukan di syurga itu bergantung kepada berapa banyak surah yang telah atau yang terakhir dibaca di dunia ini.
Besar hikmah mempelajari Kalamullah ini. Apatah lagi dengan sekadar membacanya sahaja kita memperoleh darjat yang berlipat kali ganda. Malah digandakan lagi sekiranya kita bersungguh-sungguh membaca walaupun mengalami kesukaran. Contohnya, mungkin kurang fasih, agak perlahan dari segi pace bacaan dan sebagainya. Apatah lagi kalau kita mengamalkan setiap apa yang terkandung di dalamnya
.
Maha Suci Allah, yang sangat Maha Penyayang. Dia berikan Al-Quran sebagai petunjuk, syafaat, panduan hidup dan peluang untuk kita melipatgandakan pahala (dengan sekadar menyebut satu huruf sekalipun kita dah boleh dikurniakan 10 ganjaran pahala).
No comments:
Post a Comment